Anakku, Faqihah..
Gembira sungguh hati ini….
Bila mama disahkan mengandung….
Itulah hasrat mama ingin menimang cahaya mata…
Ingin merasai…
Bagaimana melahirkanmu…
Bagaimana memandikanmu..
Bagaimana memberikan makan pakaimu…
Bagaimana melayan karenahmu…

Anakku, Faqihah..
Sepanjang dirimu dalam kandungan rahim mama sepanjang 9 bulan…
Kau sentiasa aktif bergerak…
Seolah-olah itulah dunia bagimu…
Setiap detik kau menyapa mama dengan gerak tanganmu…
Pelbagai pengalaman yang mama hadapi…
Namun demi dirimu,anakku..mama kuatkan jua semangat ini…

Anakku, Faqihah…
Kira-kira jam 3 pagi yang hening..
Mama tersedar daripada lena…mama dikejutkan dengan lelehan air ketuban…
Mama tabah mengejut papa yang lena di ulit mimpi…
Mama merasakan saat-saat kehadiranmu di dunia baru ini…
Mama terus dibawa ke hospital oleh papa mu…..

Anakku, Faqihah…
Saat-saat mama ingin melahirkanmu…
Mama berselawat..beristigfar dan berdoa agar dirimu selamat lahir ke dunia ini…
Papamu berada disisi mama untuk memberi semangat dan kekuatan…
Kain silih bersilih ganti…..
Mama menahan kesakitan menanti kehadiranmu, anakku….
Sehingga…
Tiada masa untuk mama berehat….
Tiada waktu untuk mama selunjurkan kaki….
Tiada detik untuk mama membaringkan tubuh…

Anakku, Faqihah…
Apa yang mama rasai…
Dirimu meronta-ronta mencari jalan untuk keluar…
Dirimu seperti tidak sabar untuk melihat dunia ini…
Mama menahan kesakitan…
Sesaat…
Sedetik…
Jarum jam di dinding mama lihat seperti tidak berganjak ke waktu lain…
Mama terus bertarung…
Mama terus bertahan…
Mama terus kuatkan semangat…
Jururawat saling berganti memerhatikan mama….

Anakku, Faqihah…
Sehingga detik waktunya…
Jururawat-jururawat bergegas bersedia,menanti saat kelahiranmu…
Mama yang tiada pengalaman apa-apa…
Hanya berdoa dan berselawat…
Masing-masing membantu mama…
Tepat jam 6.06 pagi…
Dengan 3.16kg…
Tanggal 19 Mac 2009…
Dirimu selamat hadir ke dunia baru ini…
Apa yang mama melihat sendiri dirimu dikeluarkan dari kandungan mama….
Mama merasakan begitu besarnya keagungan Tuhan…

Anakku, Faqihah…
Kau ibarat kain putih..Yang tiada titik noda sekali pun..
Kau dilahirkan sungguh suci..

Anakku, Faqihah…
Kaulah racun…
Kaulah penawar…
Kaulah segala-galanya….

Anakku, Faqihah…
Mama doakan semoga dirimu sentiasa dirahmati, diredhai dan diberkati Allah SWT.

Amin…..

1 comments:

mams said...

sungguh puitis sajak ini

Post a Comment